Seterusnya, mari kita lebarkan lensa perbincangan dengan memperkatakan gaya hidup sihat iaitu menjalankan aktiviti rekreasi. Sebagai mana yang kita sedia maklum, kegiatan rekreasi merupakan aktiviti yang berfaedah terutama untuk mengisi masa senggang, merehatkan minda dan mengelakkan stress, selain menyehatkan badan.
Remaja hari ini terdedah dengan persekitaran yang rencam dan pelbagai. Persekitaran inilah yang menyumbang kepada pembentukan sahsiah, minda dan rohani mereka. Maka dengan itu murid tidak terlepas daripada mengalami kecelaruan emosi (stres), kemurungan dan anzieti. Statistik telah menunjukkan bahawa masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja Malaysia meningkat daripada 19.3% pada tahun 2006 kepada 20.0% pada tahun 2011 (Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan 2006 & 2011)Rujukan? Sekolah sebagai institusi yang paling hampir dengan murid menawarkan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling bagi membantu membentuk sahsiah diri, namun kecelaruan emosi (stres) dalam kalangan sebahagian murid yang berterusan dan jika tidak ditangani dengan baik boleh menyumbang kepada anzieti dan kemurungan. Akibat perubahan gaya hidup yang drastik masa kini dan faktor persekitaran, isu kesihatan mental dalam kalangan murid didapati perlu diberi perhatian khusus.
Justeru, Program Minda Sihat telah dilaksanakan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Oleh itu, Program Minda Sihat diharapkan dapat memberi kemahiran gaya daya tindak (coping skills) dan teknik relaksasi yang boleh membantu menangani gangguan perasaan, kecelaruan minda, kemurungan termasuk histeria dalam kalangan murid. Kajian Impak ini merupakan dapatan perbandingan saringan 1 dan saringan 2 Program Minda Sihat yang telah dilaksanakan di seluruh Malaysia dengan menggunakan Soal Selidik DASS dan Soal Selidik Gaya Daya Tindak.(dapatan). Dalam menjalani kehidupan dan pembelajaran seharian di sekolah, murid-murid tidak akan terlepas daripada mengalami kecelaruan emosi (stres).
Persekitaran sosial sekolah amat penting bagi melahirkan individu yang sihat serta suasana yang ceria bagi merangsang kecemerlangan pembelajaran murid. Sekolah merupakan institusi yang berpotensi untuk menggalakkan perkembangan psikososial yang sihat bagi menyediakan kesejahteraan mental. Justeru, kesihatan mental amat penting untuk dipromosikan. K esihatan mental yang baik akan dapat membentuk persekitaran sekolah yang menyokong kesejahteraan warga sekolah amnya dan murid-murid khasnya di samping mempunyai implikasi sosial dan akademik.
Mengikut Gans (1990) (dlm. Jas Laile Suzana Jaafar, 1996), hampir separuh remaja dilaporkan menghadapi kesukaran berdaya-tindak dengan situasi-situasi menekan yang berlaku di sekolah dan rumah. Keadaan yang menekan ini termasuklah perubahan yang besar dalam kehidupan (seperti ibu bapa bercerai, tukar sekolah, seseorang yang penting dan disayangi dalam keluarga sakit atau meninggal dunia), situasi-situasi yang menekan (seperti kemiskinan, kesempitan hidup, cacat, konflik keluarga) dan tekanan-tekanan harian (peperiksaan, diusik atau disindir kawan, bergaduh dengan adik-beradik atau ibu bapa). Daya tindak produktif diwakili oleh tindakan seperti mendapatkan sokongan sosial, melibatkan diri dengan aktiviti kolej, meluahkan masalah, mendapatkan nasihat, meningkatkan daya kerohanian, dan penyelesaian masalah.
Sementara daya tindak yang tidak produktif pula diwakili oleh tindakan meluahkan stres dengan cara yang tidak patut seperti menyalahkan orang lain, mencarut, menjerit, menafikan masalah, pengelakan dan penyalahgunaan dadah. Charles dan Michael (1994) pula berpendapat daya tindak terhadap stres boleh dibahagikan kepada problem-focused dan emotion-focused. Problem-focused merujuk kepada usaha daya tindak untuk menghapuskan perkara atau situasi yang menggugat atau menghilangkan kesan stres manakala emotion-focused adalah usaha untuk mengurangkan perasaan negatif yang meningkatkan respon terhadap ancaman.
Dalam kajian Beasley, Thompson dan Davidson, (2003) yang berkaitan aspek daya tindak murid dalam menangani stres hidup mendapati kekuatan kognitif, cara berdaya tindak dan peristiwa hidup yang negatif didapati memberi kesan secara langsung terhadap gangguan psikologi dan simptom somatik dalam kalanganmurid. Diane dan Misty (1997) pula mendapati bahawa murid remaja lebih kerap menggunakan strategi daya tindak yang produktif seperti pengawalan kognitif, istirahat dan alih perhatian berbanding dengan daya tindak yang tidak produktif seperti penyalahgunaan dadah dan tingkah laku agresif. Statistik telah menunjukkan bahawa masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja Malaysia telah meningkat daripada 19.3% pada tahun 2006 kepada 20.0% pada tahun 2011 (Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan 2006 & 2011).
![Program Program](/uploads/1/2/5/4/125450510/971606414.jpg)
Stres yang berterusan dan tidak dapat ditangani boleh menyumbang kepada masalah kesihatan mental dan kemurungan. Oleh itu, memperkasakan murid menangani stres cabaran kehidupan sehari-hari dengan berkesan melalui kemahiran daya tindak (coping skills) dan teknik relaksasi akan membantu menangani gangguan perasaan dan kecelaruan minda, termasuk kes histeria serta kemurungan dalam kalangan murid. Kajian ini dilaksanakan secara kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Di dalam kajian ini, saringan kesihatan mental akan dilaksanakan bagi mengenal pasti tahap stres, anzieti dan kemurungan dalam kalangan murid. Alat saringan yang digunakan adalah Borang Saringan Minda Sihat – Soal Selidik DASS (Depression, Anxiety, Stress Scale) dan Soal Selidik Gaya Daya Tindak. Saringan ini dilaksanakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, di sekolah. Intervensi Minda Sihat menggunakan Modul Kemahiran Kesihatan Mental Remaja dan Modul Pendidikan Kesihatan Remaja.
Memandangkan statistik masalah kesihatan mental kian meningkat, satu program perlu dilaksanakan dengan memfokuskan kepada mempromosikan minda sihat dan menangani tekanan emosi (stres) dalam kalangan murid. Guru-guru dan murid perlu diberi pendedahan bagaimana untuk mengenal pasti murid atau warga sekolah yang mempunyai masalah kesihatan mental dan tanda-tanda penyakit mental. Ini akan dapat membantu guru-guru mengendalikan murid-murid yang mempunyai permasalahan emosi, tingkah laku dan mental dengan cara yang betul dan seterusnya juga dapat mencegah penyakit mental. Kesedaran untuk mengenal pasti murid-murid yang mempunyai masalah kesihatan mental (tekanan perasaan berterusan, kemurungan dan masalah emosi serta tingkah laku) akan dapat membentuk kesejahteraan murid. Program Minda Sihat merupakan program kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Program ini telah dilaksanakan kepada semua murid Tingkatan 4 pada tahun 2014 oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling.
Program Minda Sihat melibatkan Saringan 1 dan Saringan 2. Seramai 158,167 murid Tingkatan 4 telah menjalani Saringan 1 dan seramai 89,782 murid menjalani Saringan 2. Profil diri responden telah dijelaskan dalam Jadual 1 dan Jadual 2.
Jadual 1 Komposisi jantina Saringan Minda Sihat dalam kalangan murid di Malaysia. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti peratus murid yang mengalami masalah stres, anzieti, dan kemurungan dan setelah intervensi dilaksanakan didapati berlaku penurunan peratus stres, anzieti, dan kemurungan seperti yang ditunjukkan dalam dapatan data. Keputusan analisis data Saringan Minda Sihat 1 dan Saringan Minda Sihat 2 bagi semua skala menunjukkan intervensi dalam program Minda Sihat di sekolah berjaya mengurangkan peratus stres, anzieti dan kemurungan dalam kalangan murid. Keputusan analisis data bagi Soal Selidik Gaya DayaTindak juga menunjukkan penurunan peratus bagi murid yang berada pada tahap teruk berbanding saringan pertama.
Analisis data juga menunjukkan intervensi khusus yang dijalankan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling seperti sesi bimbingan, sesi kaunseling, konsultasi, rujukan ke klinik kesihatan, bengkel minda sihatdan teknik relaksasi berjaya menurunkan peratus murid yang berada pada tahap teruk dan sangat teruk dalam Saringan Minda Sihat 2. Setiap Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah menengah perlu terus menjalankan Saringan Minda Sihat kepada murid Tingkatan 4 di Malaysia. Guru Bimbingan dan Kaunseling juga menjalankan intervensi umum kepada warga sekolah seperti ceramah kesejahteraan minda dan teknik relaksasi bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan warga sekolah tentang kesihatan mental. Intervensi khusus dijalankan kepada murid yang berada pada tahap teruk dan sangat teruk pada Saringan Minda Sihat 1 sama ada dalam kategori stres, anzieti atau kemurungan. Program ini dapat memberi kemahiran kepada murid tentang cara-cara mengurus emosi dan tingkah laku. Intervensi khusus melibatkan modul perlaksanaan Program Minda Sihat yang dibekalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Antara intervensi khusus yang dijalankan ialah sesi kaunseling dan bengkel Program Minda Sihat.
Saringan Minda Sihat 1 berjaya membantu Guru Bimbingan dan Kaunseling mengesan lebih awal murid yang mempunyai masalah emosi. Kerjasama KKM dan KPM lebih berfokus dan sistematik (PIC/Pegawai Meja). Kementerian Kesihatan Malaysia perlu menetapkan satu klinik kesihatan untuk membantu setiap sekolah yang terlibat untuk melaksanakan program minda sihat ini. Ia dapat membantu Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk merujuk murid kepada pihak yang bertanggungjawab dengan prosedur yang betul. Pegawai kesihatan yang dilantik perlu bekerjasama dengan pihak sekolah terutama dengan guru bimbingan dan kaunseling untuk membuat jadual kerja tahunan program ini.
Bagi memastikan program ini berjalan dengan baik dan lancar guru-guru bimbingan dan kaunseling serta pegawai-pegawai kesihatan yang terlibat perlu diberikan kursus pengendalian minda sihat ini. Antara intervensi minda sihat ini yang boleh digunakan ialah cara mengatasi stress dengan teknik 10B, menangani kemarahan, komunikasi berkesan, pengurusan masa berkesan dan teknik relaksasi. Kementerian Kesihatan perlu memberi kemahiran psikologi dan kaunseling kepada guru untuk mengendalikan murid yang mengalami masalah mental.
Beberapa kemahiran kesihatan minda remaja juga diberikan semasa kursus seperti pemikiran positif, komunikasi interpersonal, penyelesaian masalah, tegas diri, menangani pengaruh dan tekanan serta kemahiran menenangkan diri. Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah menyediakan beberapa modul penjagaan kesihatan mental kanak-kanak dan remaja yang mengandungi promosi perkembangan kesejahteraan emosi dan tingkah laku kanak-kanak dan remaja, masalah emosi dan tingkah laku kanak-kanak dan remaja serta pengendalian penderaan dan pengabaian kanak-kanak dan remaja.